suria

Nyaris kena kepala! Presiden Perancis dibaling telur ketika berucap

TELUR yang terkena di bahu kiri Macron melantun tanpa pecah. — Agensi

EMMANUEL Macron dibaling telur pada Isnin petang ketika membuat lawatan ke pameran perdagangan restoran di Lyon, Perancis.

Kejadian yang sempat dirakam itu tular di media sosial, menunjukkan Presiden Perancis itu sedang memberi ucapan kepada pengunjung sebelum telur yang dibaling itu terkena di bahu kirinya.

Telur berkenaan melantun tanpa pecah dan beberapa pengawal keselamatan yang berada di situ terus melindunginya, sebagai langkah berjaga-jaga dari sebarang ancaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Tertelan 23 magnet, kanak-kanak perempuan hampir maut

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk kampung buat aduan, monyet kembali sejauh 22km mahu ‘balas dendam’

Seorang lelaki yang dipercayai membaling telur itu menjerit “Hidup lama revolusi”, sebelum dia ditangkap dan digari.

Bagaimanapun identiti individu terbabit tidak didedahkan.

Menurut Euronews, Macron memberi respon berani terhadap insiden itu.

“Jika dia ada sesuatu yang ingin dikatakan, biarkan dia berbuat demikian,” katanya.

Dalam perjalanan ke Tain-L’Hermitage pada bulan Jun lalu, muka Macron ditampar oleh seorang lelaki ketika beliau sedang berjabat tangan dengan orang ramai.

Suspek kemudiannya segera ditangkap oleh pengawal yang mengelilingi Presiden. — Anadolu Agency

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Macron, telur, pameran

Artikel Lain