suria

Polis Sahkan Ada Cubaan Rakyat Malaysia Sertai Daesh

Ayob Khan Mydin Pitchay

MELAKA: Polis mengesahkan terdapat cubaan rakyat negara ini untuk “berjihad” di Rakhine, Myanmar susulan penindasan ke atas masyarakat minoriti Islam Rohingya yang dihebahkan kumpulan militan Daesh.

Ketua Penolong Pengarah Counter Terrorisme Cawangan Khas (E8) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata isu berkenaan dilihat menjadi senjata utama kumpulan berkenaan untuk mempengaruhi orang ramai dan seterusnya merekrut ahli baharu untuk kegiatan keganasan.

Beliau berkata penularan atau perkongsian gambar rakyat Rohingya yang ditindas di wilayah berkenaan secara meluas di media sosial turut membantu kumpulan berkenaan untuk menarik simpati dan penyertaan ahli baharu.

“Konflik di Rakhine masih baharu dan kita sedang mengumpul maklumat mengenainya. Bukan semuanya yang berlaku di sana kita tahu tetapi mungkin dalam masa sebulan atau dua bulan lagi ada usaha itu.

“Lagipun kita memang ada maklumat risikan berhubung kemungkinan rakyat Indonesia yang terlibat dalam aktiviti militan di negara mereka merancang untuk ke sana (Rakhine),” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Kesedaran Ancaman Isis Terhadap Golongan Belia pada Ahad.-Bernama

Daesh, Rakhine

Artikel Sebelum

Inovasi Katil Mandi Jenazah

Artikel Berikut

"Lima Tahun Yang Sia-Sia"

Artikel Lain