suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis 15 tahun tak sedar dirinya hamil, bersalin ketika hari pertama kembali bersekolah

Dedah Alexis, ibu bapanya turut memberikan sokongan untuk dia membesarkan bayi itu.

ANEH tapi itulah yang berlaku.

Seorang gadis dikenali sebagai Alexis mengimbas kisah ketika dia berusia 15 tahun yang mana dia tidak sedar dirinya sedang hamil.

Menurut gadis itu, dia tahu dirinya hamil selepas melahirkan seorang bayi pada hari pertama dia memulakan persekolahan pada tahun 2017.

Imbas Alexis, dia menyangka dirinya mengalami sakit perut biasa akibat datang bulan selepas pulang dari sekolah.

Namun, tanggapan itu silap apabila dia secara tiba-tiba melahirkan seorang bayi lelaki di atas lantai di kediamannya.

Alexis berkongsi kisah itu menerusi beberapa siri video di TikTok sehingga meraih enam juta tontonan.

Dedah Alexis, ibu bapanya turut memberikan sokongan untuk dia membesarkan bayi itu.

Alexis bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai bapa kepada bayi berkenaan. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berikut

Artikel Lain