suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ingatkan iguana larikan diri, rupa-rupanya berjemur atas bumbung

PASUKAN bomba Kent Fire & Rescue menggunakan tangga dan jaring untuk menangkap Ronnie.— Agensi

PASUKAN Bomba dan Penyelamat, Kent Fire & Rescue melaksanakan misi unik pada Isnin dengan menyelamatkan seekor iguana yang terlepas di atas bumbung sebuah pub di Folkestone, Britain.

Dibantu oleh kakitangan dari Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals (RSPCA), iguana yang diberi nama Ronnie itu dikatakan sedang berjemur sambil menikmati matahari bulan September di atas bumbung berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kura-kura punya pasal, lima penerbangan tertunda 15 minit

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas rapper Britain sertai pengganas Daesh 'kantoi' gara-gara kebab

Ronnie dipercayai hilang selepas keluar dari tingkap rumah pemiliknya yang berdekatan dengan pub berkenaan.

Menurut jurucakap Kent Fire & Rescue, misi tersebut merupakan yang luar biasa kerana haiwan berkenaan berada tepat di puncak bumbung.

"Pasukan bomba menggunakan tangga dan jaring untuk menangkap Ronnie.

"Kami tidak mahu ia melarikan diri dengan menakut-nakutkannya, jadi kami menggunakan jaring supaya Ronnie tidak melarikan diri," katanya.

Tambahnya, keadaan Ronnie diperiksa terlebih dahulu oleh kakitangan RSPCA sebelum dipulangkan kepada tuannya.

Sementara itu, seorang kakitangan RSPCA, David Grant memberitahu, ini merupakan kali pertama dia dihubungi untuk misi menyelamatkan seekor iguana di atas bumbung.

"Syukurlah, dia tidak mengalami sebarang kecederaan semasa menaiki bumbung berkenaan.

"Jika berlaku kesilapan, misi ini boleh berakhir dengan sangat berbeza, jadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kent Fire & Rescue atas semua bantuan pakar mereka," ujarnya. — Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

iguana, Ronnie, bomba, RSPCA, bumbung,

Artikel Lain