suria

Gara-gara percaya tilikan biskut nasib, seorang ibu muflis kini jutawan dalam sekelip mata

AMANDA memberanikan diri untuk memulakan perniagaan tersebut selepas membaca tilikan daripada biskut nasib. — Mirror

NASIB malang seorang ibu di Amerika Syarikat berubah sekelip mata selepas dia menjadi jutawan hanya dalam satu hari menerusi perniagaan kraftangan.

Menurut wanita bernama Amanda, 30, itu, dia memberanikan diri untuk memulakan perniagaan tersebut selepas membaca tilikan daripada biskut nasib.

fortunecookies

AMANDA menceritakan semula bagaimana dia boleh menjadi jutawan dalam sekelip mata di TikTok. — Mirror

Tilikan tersebut menyatakan bahawa dia akan berjaya secara luar biasa dalam perniagaannya.

"Sebelum ini saya kehilangan kerja dan hampir diisytiharkan muflis. Selama lima tahun saya bekerja dan semuanya hilang sekelip mata.

"Saya sudah tidak tahu berbuat apa sehinggalah satu hari suami mahu menceriakan saya dengan membelikan makanan dari restoran Cina," katanya.

Tambah Amanda lagi, dia mendapat biskut nasib bersama set makanan itu yang telah mengubah kehidupannya.

Mempercayai tilikan biskut nasib itu, Amanda menggunakan wang pengangguran sebanyak AS$160 (RM669) dengan membeli mesin cetak (cricut machine) lalu membuka perniagaan kedai kraftangan etsy.

Jelasnya, dia menjalankan perniagaan itu selama empat bulan sebelum dua produk sepanduk rekaannya menjadi tular sehingga perniagaannya dikenali ramai.

"Sejak itu, kami menerima banyak tempahan malah, keuntungan syarikat kami juga meningkat.

"Dalam satu hari sahaja syarikat saya sudah mencecah pendapatan sehingga AS$12 juta (RM50 juta)," ujarnya.

Kata Amanda lagi, dia menjalankan perniagaan tersebut bersama suaminya yang berhenti kerja dan melaburkan semua wang miliknya untuk syarikat berkenaan.

Amanda turut berkongsi pengalaman hidupnya di dalam satu hantaran di media sosial TikTok.

Ramai pengguna Tiktok yang kagum dan mengucapkan tahniah dengan kejayaan Amanda.

Rata-rata mereka juga menyatakan bahawa ia merupakan bukti bahawa setiap dugaan adalah kunci kepada kejayaan.— Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain