suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Haiwan peliharaan mati, pemilik dapat cuti bergaji

SEORANG ahli politik Colombia kemukakan cadangan undang-undang untuk meenetapkan majikan beri cuti berbayar dua hari kepada pekerja yang kematian haiwan peliharaan. — Agensi

PEKERJA di Colombia akan diberikan cuti bergaji selama dua hari sekiranya haiwan peliharaan mereka mati.

Itu antara cadangan untuk memperkenalkan undang-undang baharu di negara berkenaan.

Undang-undang ini bertujuan untuk mengiktiraf hubungan sentimental memandangkan kematian haiwan ternakan mungkin beri kesan emosi kepada pemiliknya.

Inisiatif ini diketuai ahli Parti Liberal Colombia, Alejandro Carlos Chacon dengan mengemukakan rang undang-undang untuk menetapkan majikan mengeluarkan cuti berbayar dua hari jika ada pekerjanya sedang berkabung ekoran kematian haiwan kesayangan.

“Sesetengah orang tidak mempunyai anak tetapi mereka ada haiwan kesayangan,” kata Chacon yang dipetik menerusi laporan El Tiempo.

Chacon turut menambah yang belas ihsan akan dapat membantu seseorang mengatasi kesedihan dan undang-undang ini akan terpakai kepada enam per 10 penduduk Colombia yang memiliki haiwan peliharaan.

Bagaimanapun, undang-undang berkenaan hanya akan terpakai jika pekerja sudah pun memaklumkan kepada majikan lebih awal sama ada mereka memiliki haiwan peliharaan atau tidak. — Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain