suria

Kajian: Purata rakyat India perlu bekerja lebih 700 jam untuk beli iPhone 13... berapa pula masa kerja di Malaysia?

Model baharu iPhone 13 kini menjadi tumpuan. foto Apple

MODEL baharu iPhone 13 kini menjadi tumpuan di pasaran India.

Menurut satu kajian oleh Money Supermarket, menunjukkan berapa banyak seseorang itu perlu bekerja bagi membolehkannya mampu membeli varian asas iPhone 13 (128GB), berdasarkan gaji minimum dan kos telefon itu di negara tertentu.

Bukan lagi rahsia bahawa harga iPhone adalah berbeza berdasarkan tempat tinggal anda, dan duti import, cukai, turun naik mata wang yang merupakan antara faktor lain yang mempengaruhi keseluruhan kos.

Menurut penyelidikan itu, bagi seorang rakyat India mampu membeli iPhone, mereka perlu bekerja selama 724.2 jam.

Ini bermakna, ia bersamaan dengan lebih kurang 30 hari bekerja.

iphone 13 2

Jumlah jam bekerja diperlukan untuk membeli iPhone 13. sumber Money Supermaket.

Rakyat India berada di tangga kedua dalam senarai tersebut, dengan tempat pertama diduduki Filipina, di mana mereka perlu bekerja 775.3 jam untuk memiliki iPhone.

Laporan bagaimanapun tidak menyatakan harga sebenar bagi model baharu iPhone di India.

Dalam data yang ditunjukkan oleh kajian Money Supermarket, rakyat Malaysia perlu bekerja secara purata selama 249.8 jam untuk mampu membeli iPhone 13. - India Times

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain