suria

“Ia makan apa saja!” Pemilik kereta rugi besar tikus rosakkan kenderaan

SALAH satu tikus yang berjaya ditangkap oleh pemilik kereta menggunakan perangkap elektronik. —Agensi

MASALAH besar dihadapi oleh seorang penduduk di selatan Tasmania, Australia, apabila menangkap lima ekor tikus dalam tempoh enam hari di dalam keretanya.

Jacqui Rostron berkata, kotak sarung tangan di dalam kereta itu juga tidak selamat apabila beberapa helai resit dimakan oleh haiwan perosak itu.

“Ia akan makan apa sahaja termasuk permaidani, kerana ia sangat menyukainya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenali Scooby, burung kakak tua kaki carut

ARTIKEL BERKAITAN: Sihir atau wabak? Remaja ini menderita tangisan air mata batu

Sementara itu, mekanik Hobart Scott Hayne berkata, kehadiran tikus adalah masalah biasa terutamanya ketika musim sejuk.

“Kami baru sahaja mengalami kerosakan akibat tikus di sini, tetapi ini adalah sesuatu yang akan anda lihat sepanjang tahun.

“Kami memberitahu pelangggan bahawa ada tikus yang tinggal di kenderaan mereka dan ia adalah pertama kali mereka dengar.

Hayne berkata, spesies itu tidak dapat membezakan bandar dan negara yang ia tinggal termasuk model kereta.

Katanya, dia pernah melihat kerugian pelanggan sebanyak AS$9,000 (RM37,700) akibat kerosakan dilakukan oleh tikus.

“Ia boleh mematikan kereta dengan mudah. Kadang-kadang bukan hanya kerosakan, tetapi baunya juga tidak menyenangkan,” katanya.

Rostron yang menyedari ada sesuatu tidak kena pada keretanya, terus membawa kenderaan itu kepada mekanik berkenaan.

Hayne mendapati, terdapat najis tikus di kereta wanita itu dan menyarankannya untuk meletakkan umpan.

Katanya, dia tidak mahu membahayakan hidupan liar di kawasannya dan berusaha memerangkap tikus berkenaan.

“Saya telah mencuba pelbagai jenis perangkap tetapi saiz tikus terlalu besar untuk masuk ke dalam perangkap.

“Semua lampu menyala di ‘dashboard’ dan tidak akan padam. Saya mula berasa ini adalah masalah besar,” katanya.

Pada masa sama, Rostron berjaya memerangkap tikus menggunakan perangkap elektronik dalam satu malam.

“Saya telah menangkap 11 ekor tikus di dalam kereta saya dan dua lagi di luar.

"Mereka pasti menyukai kereta ini. Saya mempunyai empat kereta dan ini adalah satu-satunya kereta yang mempunyai masalah itu," katanya.

Selain itu, Hayne berkata, tikus itu mencari tempat tinggal yang hangat ketika musim sejuk dan enjin kereta yang adalah tempat sesuai.

Justeru, dia mencadangkan supaya sumber makanan di dalam kereta segera dialihkan dari kereta.

Katanya, pemilik kenderaan juga harus mencari jejak tikus seperti najis dan jejak kaki pada enjin.

“Sekiranya anda mula melihat sesuatu yang lebih daripada itu, anda tahu mereka mula melakukan kerosakan dan mereka makan melalui plastik untuk masuk ke dalam kereta serta makan permaidani, tempat duduk dan wayar,” katanya.

Tambahnya, tikus itu juga perlu dihapuskan sebelum kereta dibaik pulih bagi mengelakkan pembaziran wang. —abc.net

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

tikus, perangkap, musim sejuk

Artikel Berikut

Artikel Lain