suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sihir atau wabak? Remaja ini menderita tangisan air mata batu

REMAJA 15 tahun di India mengalami penderitaan apabila batu keluar daripada matanya. — Agensi

SEORANG remaja 15 tahun di Uttar Pradesh, Utara India menjadi perhatian dan cetus misteri apabila mengalami penderitaan ‘tangisan batu’.

Doktor mendakwa penderitaan yang dialami remaja yang tidak dinamakan itu, tidak dapat diatasi dengan cara perubatan moden.

Menurut doktor, salah satu mata remaja wanita itu dilihat mengeluarkan batu-batu kecil tanpa diketahui punca sebenarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati mati! Lelaki maut minum 1.5 liter air gas ketika waktu panas

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup prank teman lelaki hanya semata-mata mahu digelar bodoh

Keluarganya mendakwa sebanyak 10 ke 15 batu keluar daripada mata sebelah kirinya.

Menerusi satu video, terdapat satu benjolan di bahagian matanya dan salah seorang bertindak mengurut mata remaja berkenaan sebelum keluar batu.

Batu itu dilihat keluar di saluran air mata dan usaha keluarga remaja berkenaan untuk mencari penyelesaian tidak berhasil.

Pada 2014, remaja Yaman, Saadiya Saleh, 12, turut menderita dengan situasi sama.

Doktor yang merawatnya belum dapat menjelaskan perkara sebenar hingga mencetuskan panik yang mendakwa kejadian itu berlaku kerana terkena sihir.

Ketika itu, satu video yang disiarkan stesen satelit Yaman, Azal menunjukkan doktor sedang mengumpul batu di dalam kotak kecil.

“Ia fenomena yang aneh di rantau ini,” kata pengacara tempatan.

“Kes berkenaan mencetuskan situasi panik di kawasan remaja berkenaan tinggal. Ada yang mengatakan gadis berkenaan disihir.

“Yang lain juga mula takut jika situasi ini menjadi permulaan kepada wabak berbahaya.” — Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

menangis, air mata batu, india

Artikel Berikut

Jerung pun nak ‘photobomb’

Artikel Lain