suria

Sanggup prank teman lelaki hanya semata-mata mahu digelar bodoh

SEORANG pengguna TikTok melakukan prank bagi menguji teman lelakinya. — Agensi

SEORANG wanita bertindak melakukan ‘prank’ hanya untuk mengetahui sejauh manakah teman lelakinya merasakan dirinya bodoh.

Usaha yang dilakukan Shannan Robertson nyata berjaya apabila dapat meyakinkan teman lelakinya yang dia sudah pun membayar £340 (RM1,951) hanya untuk pasang pengelap (wiper) cermin dan air.

Robertson bertindak sedemikian selepas melihat prank berkenaan di TikTok dan mahu mencubanya sendiri.

“Baru saja menempah slot temujanji untuk servis kereta,” katanya pada muatnaik yang dikongsikan menerusi akaun @shannan.78.

Robertson juga memberitahu teman lelakinya yang dia sudah pun membuat bayaran dan tidak boleh dikembalikan semula.

“Kamu tidak perlu melakukan servis hanya untuk isi air. Lebih baik jika kamu tidak membuat bayaran.

“Saya sendiri akan isi. Jangan bagitahu yang kamu sudah membuat bayaran,” kata teman lelaki Robertson.

Bagaimanapun, Robertson segera membalas sudah pun membuat bayaran dan teman lelakinya meminta supaya bayaran itu dikembalikan semula.

“Dengar sini, minta balik duit kamu dan kamu sebenarnya tidak perlu melakukannya,” tambah teman lelakinya.

Selepas diberitahu wang itu tidak boleh dikembalikan, teman lelakinya jelas marah dan memberitahu akan pergi ke bengkel berkenaan untuk menuntut semula wang yang sudah dibayar.

Bagaimanapun, Robertson segera memaklumkan apa yang diberitahu hanyalah gurauan semata-mata.

“Saya hanya bergurau. Jujurnya adakah kamu fikir saya bodoh?,” tanya Roberson.

Dengan ringkas jawapan temannya lelakinya menjawab “ya”.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna lain selain ada juga yang memuji tindakan teman lelaki Robertson.

“Saya sukakan teman lelakinya kerana tidak merendahkan kamu ketika kamu mengatakan sudah membuat bayaran sebaliknya masih cuba untuk membantu,” menurut salah satu komen. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

mekanik, servis kereta, teman lelaki

Artikel Berkaitan

Artikel Lain