suria

Peliknya balkoni terletak dalam apartmen

BALKONI yang terletak di bahagian dalam sebuah apartmen di Virginia, Amerika Syarikat. — Agensi

SEBUAH pangsapuri di Virginia, Amerika Syarikat tular di media sosial apabila balkoninya berada di sebelah dalam bangunan berbanding di luar seperti kebiasaan.

Menerusi video yang dimuatnaik pengguna TikTok, Rachel yang menggunakan nama @rayyy.of_sunshine, keadaan kediaman itu turut mengingatkan orang ramai kepada filem seram.

Dapat dilihat tiada seorang pun yang menggunakan balkoni berkenaan dan situasi itu tidak mengejutkan kerana ia langsung tidak memberikan privasi.

Pemilik akaun TikTok berkenaan turut meletakkan keterangan "This is the WEIRDEST apartment complex I've ever seen."

“Rupa-rupanya ada balkoni kerana kebanyakan bilik tidak memiliki tingkap dan tidak memenuhi piawaian kebakaran.

“Tetapi jika ada balkoni, ia menjadi okey kerana jika berlaku kebakaran, penghuninya boleh melompat daripada balkoni.”

Menerusi videonya juga, Rachel turut ‘menjelajah’ ke pangsapuri berkenaan.

Video Rachel mendapat lebih tiga juta tontonan yang menyifatkan lorong kosong yang terdapat di pangsapuri itu langsung tidak menyenangkan.

“Kenapa ia kelihatan seperti tapak bekas penjara yang diubah suai menjadi pangsapuri?,” menurut salah satu komen yang diberi pengguna.

“Setiap pintu membawa anda ke bahagian dalam, bukannya di bahagian luar. Suasana tak ubah seperti filem seram.” – Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

pangsapuri, balkoni, filem seram

Artikel Lain