suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gatal dan melecur! Pesakit Covid-19 dakwa alami alergi jika warna rambut

SALON di Britain mendakwa beberapa pelanggan mereka mengalami alergi apabila mewarna rambut.

SEJAK wabak Covid-19 melanda dunia, pelbagai simptom yang dapat dikesan jika kita didapati dijangkiti virus berbahaya itu.

Ini termasuk kesukaran bernafas, batuk, selsema dan demam.

Terbaru, pendandan rambut di Britain mendakwa ramai pelanggan mengalami reaksi alergi terhadap pewarna rambut jika mereka pernah dijangkiti virus itu.

Walaupun lebih banyak kajian diperlukan untuk membuktikan dakwaan itu, tapi pemilik salun berkata pelanggan yang pernah dijangkiti Covid-19 akan menghadapi alergi itu.

Antara reaksi alergi yang akan berlaku termasuk gatal-gatal dan melecur.

Itu antara pengalaman yang diceritakan seorang pelanggan wanita yang mendakwa telinga kepanasan apabila terkena bahagian rambut yang diwarnakan.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Gemma itu, berkata dia disahkan dijangkiti virus itu pada Januari dan mengalami gejala tersebut apabila mewarnakan rambutnya, sedangkan dia sudah menggunakan pewarna yang sama selama 10 tahun.

Salon yang dikunjunginya juga mengesahkan empat lagi pelanggan mengalami masalah yang sama.

Covid-19 dipercayai memberi kesan terhadap sistem imunisasi manusia dan saintis kini meneliti kemungkinan bahawa reaksi alergi antara kesan sampingan virus itu. — Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, pewarna rambut, alergi

Artikel Sebelum

Artikel Lain