suria

Telinga anjing terpanjang dunia milik Lou

OLSEN dia sudah lama menyedari yang Lou mempunyai telinga yang panjang dan lebar. — Agensi

SEEKOR anijng jenis pemburu rakun Inggeris (coonhound) mencatat rekod dunia Rekod Dunia Guinness kerana memiliki teinga terpanjang untuk seekor anjing hidup.

Anjing peliharaan wanita dari Oregon, Amerika Syarikat, Paige Olsen memiliki ukuran telinga sepanjang 31.4 sentimeter.

Perkara itu disahkan oleh wakil Guinness.

Dikenali dengan nama Lou, anjing berwarna hitam dan coklat itu taring itu berusia 3 tahun.

Menurut Olsen dia sudah lama menyedari yang Lou mempunyai telinga yang panjang dan lebar tapi tidak pernah terfikir untuk mengukurnya.

Jelasnya lagi, dia mengukur telinga anjingnya semasa menjalani perintah berkurung ekoran pandemik Covid-19.

"Semua coonhound mempunyai telinga yang panjang dan ada yang lebih panjang daripada yang lain," kata juruteknik veterinar itu.

Tambahnya lagi, Olsen telinga Lou yang sangat panjang bukan disebabkan oleh masalah kesihatan.

"Sudah tentu semua orang ingin menyentuh telinganya, mereka sangat mudah jatuh cinta dengan hanya pada pandangan pertama," ujarnya.

Jelas Olsen lagi, Lou yang sering menyertai pertunjukan anjing turut mendapat gelaran sama dari American Kennel Club dan Rally Obedience. — Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain