suria

Tangkap ikan berwajah khinzir, tindakan pelaut terima kecaman netizen

Ia dikenali sebagai angular roughshark (Oxynotus centrina) atau turut popular dengan nama jerung berwajah khinzir. Foto: isoladelbaapp/Newsflash.

LAUTAN dalam yang luas terbentang pastinya menyimpan seribu satu khazanah yang mungkin belum lagi diterokai manusia.

Terbaharu, tular kisah seorang pelaut yang menemui seekor ikan pelik.

Ikan yang mempunyai wajah persis khinzir itu ditemui di kawasan kepulauan Elba di Itali pada 19 Ogos lalu.

Ketika ditarik naik ke kapal, mereka pada mulanya menyangka ia merupakan seekor jerung.

Namun, pelaut itu terkejut melihat wajahnya yang menyerupai khinzir.

Selepas diselidik, ia sememangnya spesies jerung, namun jenis yang jarang ditemui.

Ia dikenali sebagai angular roughshark (Oxynotus centrina) atau turut popular dengan nama jerung berwajah khinzir.

Biasanya ia tinggal dalam kedalaman 700 meter di bawah permukaan laut.

Posting mengenai ikan itu ternyata menarik perhatian sehingga dihujani ratusan komen.

Malah, ada yang menyelar tindakan pelaut itu menangkap hidupan berkenaan. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain