suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cahaya biru muncul selepas gempa bumi, penduduk Acapulco risau kiamat melanda

Cahaya biru yang muncul sejurus kejadian gempa bumi baru-baru ini.

PENDUDUK di Acapulco, Mexico risau gara-gara melihat cahaya biru di langit sejurus kejadian gempa bumi pada Rabu lalu.

Menurut penduduk, mereka yang ketakutan ketika gempa turut melihat cahaya berwarna biru di langit.

Malah, mereka turut berkongsi kisah itu menerusi laman Twitter dan mengaitkan ia dengan kejadian kiamat.

Menurut sebilangan saintis, cahaya itu mungkin terjadi akibat pergeseran batu berhampiran kerak bumi sehingga mengeluarkan tenaga ke atmosfera dan menghasilkan cahaya di permukaan bumi.

Untuk rekod, gempa dengan kekuatan 7.0 itu menyebabkan seorang indvidu meninggal dunia.

Selain itu, ia turut menyebabkan berlakunya kerosakan bangunan dan tanah runtuh, sekaligus menyebabkan banyak laluan utama terjejas. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain