suria

Enggan ubah fikiran, ibu letak nama karakter khinzir untuk bayi baru lahir

Ibu saudaranya risau sekiranya kanak-kanak itu membesar dan menjadi mangsa buli di sekolah suatu masa nanti. (Gambar Hiasan: PA)

SEORANG wanita memberi amaran kepada kakaknya bahawa nama yang dipilih untuk bayinya yang baru lahir menyamai nama karakter khinzir dalam siri buku Charlotte’s Web.

Menurut wanita itu yang membuat perkongsian menerusi laman Reddit, nama Wilbur Felix yang dipilih kakaknya merupakan salah satu karakter khinzir dalam buku berkenaan.

"Untuk anak pertama dia pilih nama Oliver Lee. Ia nama yang sesuai kan? Bayi kedua diberi nama Wilbur Felix. Ia merupakan karakter khinzir dalam Charlotte's Web.

"Saya cuba untuk beri sokongan ketika dia maklumkan pada saya. Tapi saya rasa ia nama yang tak bagus," ujar wanita itu.

Kata wanita itu lagi, dia risau sekiranya kanak-kanak itu membesar dan menjadi mangsa buli di sekolah suatu masa nanti.

"Saya takut dia jadi mangsa buli di sekolah khususnya jika dia menjadi kanak-kanak yang berisi.

"Tapi kakak saya kata saya seorang yang teruk dan dia percaya nama pilihannya itu sangat baik," luah wanita itu lagi.

Posting wanita itu yang membuat luahan kisahnya meraih perhatian ramai di Reddit.

Malah, dia turut menerima reaksi bercampur-baur mengenai pemilihan nama oleh kakaknya itu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain