suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Percutian bertukar tragedi, budak 6 tahun maut jatuh roller coaster

Taman tema Glenwood Caverns Adventure Park turut menzahirkan rasa simpati mereka atas kejadian itu. Foto: Glenwood Caverns Adventure Park/FB.

MALANG menimpa seorang kanak-kanak apabila dia maut dalam kejadian kemalangan di sebuah taman tema di Colorado pada Isnin.

Mangsa, Wongle Estifanos, melayang sebelum terjatuh ketika menaiki permainan roller coaster di taman tema berkenaan.

Kini, keluarga mangsa turut membuka tabung GoFundMe bagi menampung kos pengebumian kanak-kanak berusia enam tahun itu.

"Abang kami Estifanos dan kakak, Rahel, kehilangan anak mereka dalam kejadian tragis pada 5 September 20210 ketika bercuti dengan keluarga.

"Wongel seorang kanal-kanak yang cantik dan periang, namun dia pergi terlalu awal akibat kejadian itu," tulis wakil keluarga yang melancarkan tabung itu.

Dalam pada itu, taman tema Glenwood Caverns Adventure Park turut menzahirkan rasa simpati mereka atas kejadian itu.

Menurut laporan awal, didakwa tali pinggang yang dipakai mangsa ketika menaiki roller coaster tidak dipasang dengan kemas.

Taman tema itu juga akan disiasat bagi mencari punca sebenar kejadian. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain