suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita China sekali lagi pecah rekod dunia, miliki bulu mata sepanjang 8 inci!

Bulu mata di kelopak atas mata kirinya berukuran 4.88 inci.

SEORANG wanita di China yang pernah memegang rekod memiliki bulu mata terpanjang di dunia, memecahkan rekod sendiri apabila memiliki bulu mata sepanjang lapan inci.

Menurut Guinness World Records, You Jianxia memegang rekod untuk bulu mata terpanjang sejak 28 Jun 2016.

Bulu matanya yang berukuran 4.88 inci ditemukan di bahagian atas kelopak mata kirinya.

Jianxia pertama kali menyedari bahawa bulu matanya tumbuh lebih panjang daripada biasa pada tahun 2015.

Tetapi lima tahun kemudian, bulu matanya terus menumbuh dan disahkan ukuran panjang baharu iaitu 8.0 inci pada 20 Mei 2021.

"Saya mula-mula menyedari bahawa bulu mata saya tumbuh pada tahun 2015. Mereka terus tumbuh dengan perlahan, menjadi semakin panjang.

"Saya berjumpa pakar perubatan untuk mengetahui mengapa bulu mata saya lebih panjang daripada bulu mata orang lain, namun doktor tidak dapat menjelaskan perkara ini dan merasa sangat kagum.

"Saya juga berusaha mencari alasan saintifik seperti gen atau yang lain. Bagaimanapun, tidak ada keluarga saya yang mempunyai bulu mata yang panjang seperti saya," jelasnya.-INDIA TIMES

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain