suria

Suami tergamak suruh isteri bunuh anak kerana dilahirkan dengan fizikal aneh

Bajeneza turut dipinggirkan penduduk kampung malah mereka mengejek anak kecilnya dengan gelaran raksasa. Foto: Newsflash

SEORANG suami tergamak menyuruh isterinya membunuh anak kecil mereka yang mempunyai fizikal aneh kerana menggapnya 'dilahirkan oleh syaitan'.

Malah lelaki tersebut meninggalkan isterinya kerana tidak mahu bertanggungjawab membesarkan anak mereka.

Keadaan itu menyebabkan wanita bernama Bajeneza Liberata terpaksa bergelut untuk meneruskan kehidupan setelah ditinggalkan oleh suami dan keluarganya.

Bajeneza dari Rwanda, sebuah negara yang terletak di bahagian tengah Afrika, tidak dapat bekerja malah dipinggirkan penduduk kampung di mana mereka mengejek anak kecilnya dengan gelaran raksasa.

Bajeneza sendiri tidak mengetahui mengenai keadaan sebenar yang dihidapi anaknya.

Seorang individu yang baik hati menawarkan bantuan kepada Bajeneza dan membawa dua beranak itu pulang ke kampungnya.

Sebuah halaman GoFundMe kemudian ditubuhkan bertujuan mengumpulkan dana untuk menghantar Bajeneza dan anaknya mendapatkan rawatan di luar negara. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain