suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi berdarah awal pagi... wanita penggal kepala suami gara-gara menantu sediakan sarapan

Penduduk kampung berkumpul di lokasi kejadian. foto YouTube/ Daily Star

SEORANG wanita warga emas didakwa memenggal kepala suaminya semasa perbalahan mengenai sarapan, lapor media asing.

Margaret Wanjiru, 65, didakwa membunuh Ndung'u Mugachia yang berusia 99 tahun, kira-kira pukul 7.30 pagi Ahad, di kampung Kagumo-ini, selatan Kenya.

Menurut polis, insiden berlaku selepas suspek bertengkar dengan menantu perempuannya, yang menyediakan sarapan untuk suaminya.

Pegawai polis di bandar Kandara, Catherine Ringera berkata: "Suami tampil membela menantu perempuan dan ketika itulah perbalahan tercetus."

Memetik akhbar Kenya, Daily Nation, suspek kemudian bergegas mencari sebilah parang sebelum memotong telinga kanan suaminya dan mengelar leher mangsa.

Menantu perempuan suspek, Betty Mumbi berkata: “Dia bangun dan mulai menghina suami dan melibatkan saya kerana saya menyediakan sarapan untuk suaminya.

"Suaminya berusaha menenangkannya, tetapi sia-sia. Dia mengambil parang dan mengelar leher suaminya.

"Saya cuba menyelamatkannya, tetapi saya juga diserang," katanya.

Pasangan itu berkahwin selama 52 tahun dan mempunyai enam anak.

Suspek mendakwa tidak mahu suaminya diberikan wang atau makanan, dan pasangan itu sering bertengkar mengenai isu tanah dan dakwaan hubungan sulit. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain