suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Asteroid gergasi berbentuk tulang anjing diberi nama ‘Kleopatra’

Asteroid itu dianggarkan bersaiz 27,037 meter panjang dan 9,334 meter lebar. Foto: Reuters

SEBUAH asteroid gergasi yang berbentuk tulang anjing dirakam selepas ia ditemui 140 tahun lepas.

Batuan angkasa unik dalam sistem solar itu diberi nama Kleopatra dan akan mengorbit matahari pada kelajuan yang luar biasa.

Ia pertama kali dilihat pada tahun 1880 antara planet Marikh dan Musytari dan ia mempunyai dua bulan.

Asteroid itu dianggarkan bersaiz 27,037 meter panjang dan 9,334 meter lebar.

Imej terbaharu asteroid itu dirakam antara tahun 2017 sehingga 2019 menggunakan teleskop Very Large Telescope (VLT) di Atacama, Chile.

"Kleoptara sangat unik dalam sistem solar kita," ujar Dr Franck Marchi, ketua penulis di Institut SETI di Mountain View, California.

Untuk rekod, Kleopatra berada pada jarak 125 juta baru dari bumi. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain