suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta langgar pokok, gadis tak pakai ‘seatbelt’ meninggal dunia 5 hari sebelum majlis graduasi

Thalia Roberts dilaporkan tidak memakai tali pinggang keledar ketika keretanya terbabas dan melanggar sebatang pokok.

INKUES di sebuah mahkamah pada Selasa mendedahkan punca kematian seorang gadis berusia 24 tahun akibat kemalangan jalan raya pada 5 Disember 2019.

Dalam kejadian itu, Talia Roberts dilaporkan tidak memakai tali pinggang keledar ketika keretanya terbabas dan melanggar sebatang pokok pada kelajuan 90 kilometer sejam (km/j).

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku lima hari sebelum majlis graduasi gadis itu.

Malah, dia juga dikhabarkan baru sahaja mendapat kerja dan sudah berpindah rumah dengan pasangannya di Barton, Rihcmond, United Kingdom.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut laporan forensik, paku turut ditemui pada tayar kereta dipandu mangsa.

Jelas forensik lagi, tiada bukti dia memakai tali pinggang keledar ketika impak berlaku.

Dia tidak menggunakan telefon ketika memandu dan bedah siasat mendapati dia meninggal dunia kerana kecederaan pada dada. - Mirror.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain