suria

Penumpang amuk ‘dilekat’ di tempat duduk selepas raba payudara 2 pramugari

Max terpaksa 'dilekatkan' pada tempat duduknya selepas bertindak agresif di dalam pesawat.

SEORANG penumpang penerbangan terpaksa dilekatkan di tempat duduk menggunakan pita pelekat selepas meraba payudara dua pramugari.

Malahan, dia turut mendakwa ibu bapanya bernilai dua juta dolar sebelum menumbuk seorang kakitangan syarikat penerbangan.

Max Berry, berusia 22 tahun dari Ohio, Amerika Syarikat dilaporkan mengambil minuman keras sebelum kejadian berlaku.

Menurut laporan Polis Miami-Dade County, Max menyentuh cawan kosongnya ke punggung pramugari ketika dia meminta minuman lain.

Wanita itu meminta supaya tidak menyentuhnya, tetapi memberi minuman yang diminta penumpang berkenaan.

Namun, Max terus menumpahkan minuman baharunya lalu pergi ke tandas, sebelum kembali tanpa berbaju.

Kru kabin membantunya mengeluarkan baju kering dari beg sandangnya untuk dipakai.

Menurut laporan polis, Max datang dari belakang dan memeluk dua pramugari wanita sebelum meraba payudara mereka.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut seorang penumpang penerbangan Alfredo Rivera, pertengkaran kemudian berlaku apabila Max menumbuk muka seorang pramugara.

"Dia mula menjadi agresif dan menyerang seorang pramugara," katanya.

Penumpang itu kemudian ditahan polis Miami sebaik pesawat mendarat.

Max berdepan dengan tiga tuduhan dan ditahan di sebuah pusat koreksional di Miami. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain