suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jatuh hati dengan wanita misteri, lelaki tunggu di lampu isyarat harap bertemu semula

Martin berharap dapat bertemu kembali dengan pemandu BMW. foto Richard Addison

SEORANG lelaki yang percaya bertemu dengan jodohnya ketika berhenti di lampu isyarat kini berharap mereka dapat bertemu semula.

Pada Sabtu, Martin Baker, 41, sedang memandu untuk mengambil pesanan yang dibelinya, sebelum menemukannya dengan seorang pemandu misteri.

Menurut laporan HullLive, lelaki yang memandu trak oren mendakwa dia jatuh hati dengan seorang wanita di persimpangan lampu isyarat.

Martin yang merupakan pengasuh dari utara Hull, England, minat dengan kereta dan memberitahu kenderaan lain sering menarik perhatiannya ketika dia memandu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Namun ketika menghampiri persimpangan lampu isyarat di Peaks Parkway di Grimsby, menyedari sebuah kereta BMW biru.

Dia kemudian melihat seorang wanita cantik yang memandang ke arahnya dan tersenyum.

Memuji kecantikan pemandu berkenaan, Martin menyifatkannya sebagai wanita pilihannya.

Martin berharap dia dapat bertemu semula dengan wanita misteri itu, dan percaya sesuatu akan berlaku antara mereka. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain