suria

Pelajar perubatan menangis keluar kelas selepas sedar mayat dibedah rakan sendiri

Emosi Enya terganggu berikutan insiden yang berlaku. foto Enya Egbe

SEORANG pelajar perubatan bertindak keluar dari kelas anatomi sambil menangis selepas menyedari mayat yang dibedahnya merupakan jasad rakan lamanya, dipercayai dibunuh.

Enya Egbe, pelajar di University of Calabar di Nigeria, terkejut melihat jasad rakannya, Divine yang dikenali selama tujuh tahun terbaring di meja pembedahan bersama dua mayat lain.

Bercakap kepada BBC, pelajar berusia 26 tahun itu berkata: "Kami selalu ke kelab bersama. Terdapat dua kesan tembakan peluru di dada kanannya."

Dilaporkan, sering berlaku kejadian orang hilang atau mayat individu tidak dituntut oleh ahli keluarga.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Berikutan undang-undang di Afrika barat, mana-mana mayat yang tidak dituntut akan berakhir di bilik mayat milik kerajaan dan kemudian diserahkan kepada sekolah perubatan untuk tujuan pembelajaran.

Susulan penemuan mengejutkan itu, Enya menghubungi keluarga Divine.

Difahamkan keluarga Divine mencari mayatnya dan menghubungi tiga balai polis tetapi usaha mereka gagal. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain