suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Unik! Miliki bukaan mulut terbesar di dunia, wanita dianugerahkan gelaran Guinness World Record

Samantha mampu menganga sehingga bukaan mulutnya mencapai ukuran 6.52 cm.

SEORANG wanita dari Connecticut, Amerika Syarikat dianugerahkan gelaran Guinness World Record kerana mempunyai saiz bukaan mulut yang besar.

Samantha Ramsdell, 31, pada mulanya memuat naik video di TikTok untuk menghilangkan rasa bosan.

Namun tanpa disangka, video yang dimuat naik olehnya meraih hampir 50 juta tontonan!

Dengan bukaan mulut berukuran 6.52 cm, Samantha disahkan sebagai pemegang rekod dunia bagi kategori wanita yang mempunyai saiz bukaan mulut paling luas.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya tidak pernah menyangka akan menjadi terkenal kerana mulut saya, tetapi sangat luar biasa. Ini sangat menakjubkan," katanya.

Selepas meraih pencapaian istimewa tersebut, Samantha menggalakkan sesiapa sahaja yang mempunyai 'anggota badan besar atau unik dan ingin mendapatkan gelaran Guinness World Records' untuk menonjolkan diri bagi mengejar impian mereka. - India.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain