suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengantin perempuan tampil anggun dengan busana seberat 100 kilogram!

Pengantin perempuan dari Pakistan ini mencuri tumpuan ramai apabila tampil anggun dengan busana seberat 100 kilogram.

SUDAH menjadi lumrah bagi setiap wanita, pastinya mereka ingin kelihatan anggun dan menyerlah pada hari perkahwinan mereka.

Nah, seorang pengantin perempuan di Pakistan benar-benar mengejutkan para tetamu di majlis perkahwinannya apabila mengenakan persalinan 'lehenga' seberat 100 kilogram ketika hari bahagianya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Persalinan berwarna merah yang menyaluti tubuhnya kelihatan begitu indah kerana diperbuat hasil daripada sulaman tangan.

Ramai tertanya-tanya bagaimana pengantin tersebut berjaya mengenakan busana yang berat itu, namun apa yang pasti penampilannya cukup memukau setiap mata yang memandang.

Menurut laman web Pakistan, tetamu wanita yang hadir di majlis perkahwinan tersebut tidak dapat berhenti daripada memperkatakan mengenai keindahan busana tersebut. - India.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain