suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki nyaris maut gara-gara masukkan belut dalam dubur untuk rawat sembelit

Doktor berjaya mengeluarkan belut daripada perut lelaki berkenaan.

SEORANG lelaki bertindak memasukkan belut sepanjang 20 sentimeter menerusi duburnya untuk merawat sembelit.

Bagaimanapun tindakannya mengundang padah apabila haiwan berkenaan terus masuk ke perut, menyebabkan keadaannya kritikal.

Insiden berkenaan berlaku di Xinghua, wilayah Jiangsu, China.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Lelaki berkenaan dikatakan mencuba petua 'orang-orang tua' kononnya belut dapat merawat penyakit sembelit.

Pada awalnya dia enggan mendapatkan rawatan di hospital kerana malu.

Namun, kesakitan yang dialami menyebabkan dia terpaksa akur dan menjalani pemeriksaan di hospital.

Global Times melaporkan doktor berjaya mengeluarkan belut berkenaan yang masih hidup dari badan lelaki itu.

Pasukan perubatan memaklumkan lelaki itu boleh kehilangan nyawa disebabkan hemolisis iaitu sel darah merah pecah akibat bakteria. - Timesnownews

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain