suria

Gara-gara beri vaksin Pfizer hampir tamat tempoh kepada keluarga, jururawat 67 tahun dipecat

Kirsten Peterson memberitahu dia tidak mahu membazirkan baki dos vaksin itu. foto Nine/EPA

SEORANG jururawat veteran di Australia dibuang kerja selepas memberikan baki tiga dos vaksin Covid-19 jenis Pfizer kepada anak perempuan dan dua anak saudara lelakinya.

Kirsten Peterson, 67, ditugaskan untuk memberi suntikan kepada orang tua dan orang kelainan upaya (OKU) di rumah penjagaan di Sydney ketika pandemik.

Bagaimanapun, dia kini dipecat selepas bertindak memberikan baki dos vaksin kepada keluarganya dan bukannya membuangnya di tong sampah.

Dilaporkan, vaksin Pfizer didatangkan dalam botol berisi lima suntikan dan kesemuanya harus digunakan dalam beberapa jam sebelum tamat tempoh.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menyedari dia perlu membuang tiga baki suntikan itu, Peterson menghubungi anak perempuan dan dua anak saudara lelakinya untuk menggunakan vaksin tersebut.

Ketiga-tiga mereka layak untuk menerima vaksin, tetapi masih belum mendapat janji temu.

Nenek yang telah berkhidmat sebagai jururawat selama 43 tahun itu berkata, dia berasa sayu apabila sebelum itu terpaksa membuang tiga baki dos itu ke dalam tong sampah.

Katanya, dia tidak mahu baki tiga dos vaksin itu dibazirkan.

Bagaimanapun, majikannya perlu memecatnya kerana dia didapati gagal mematuhi protokol jabatan kesihatan di Australia. - Metro UK

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain