suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dinding ‘bongkah ais’ Muzium Titanic runtuh, 3 pengunjung cedera dihantar ke hospital

Muzium Titanic kembali dibuka sehari selepas kejadian. foto Getty images/ Metro UK

DINDING replika bongkah ais di Muzium Titanic runtuh, mengakibatkan tiga pengunjung cedera.

Muzium itu bagi memperingati tragedi kapal Titanic yang karam selepas melanggar sebuah bongkah ais lebih seabad lalu.

Tiga cedera dalam kejadian di Pigeon Forge, Tennessee di Amerika Syarikat pada Isnin, dan dibawa ke hospital, kata pemilik tarikan itu.

"Pada masa ini, kami tidak tahu sejauh mana kecederaan mereka, dan kami mendoakan keselamatan mereka yang terlibat," tulis pemilik tersebut di media sosial.

"Kami tidak menyangka kemalangan seperti ini berlaku kerana keselamatan pengunjung dan kakitangan kami sentiasa diutamakan," tambahnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dinding replika bongkah ais itu diperbuat daripada ais dan pengunjung dibenarkan untuk menyentuhnya.

Muzium tersebut dibuka semula pada Selasa sehari selepas kejadian berlaku.

Polis Pigeon Forge dalam satu kenyataan berkata, siasatan telah dijalankan dan runtuhan yang berlaku merupakan satu kemalangan. - Metro UK

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain