suria

Gara-gara dicurangi, lelaki potong zakar ‘kekasih gelap’ isteri dengan gunting... akhirnya dipenjara 20 tahun!

Bonilla melakukan perbuatan kejam tersebut di rumah mangsa pada 2019. Foto: PH

SEORANG lelaki dipenjara selepas mengaku memotong zakar kekasih isterinya dengan menggunakan gunting.

Alex Bonilla dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun kerana melakukan serangan kejam terhadap mangsa dan membawa pulang zakar berkenaan sebagai 'cenderahati'.

Bonilla melakukan perbuatan tersebut pada 2019 di Gilchrist County, Florida, beberapa hari selepas dia mendapat tahu isterinya berlaku curang dengan mangsa.

Lelaki berusia 51 tahun itu pergi ke rumah mangsa dengan membawa pistol, memaksanya duduk di atas kerusi, sebelum memotong kemaluannya.

Pihak berkuasa Gilchrist County mengatakan Bonilla kemudian pulang ke rumahnya dengan membawa zakar mangsa di dalam simpanannya.

Lelaki itu mendakwa dia tidak menyedari melakukan perbuatan tersebut dan tidak dapat mengingatinya.

Sementara itu mangsa memberitahu bahawa Bonilla memberikan amaran sebelum memotong zakarnya.

Akibat kecederaan yang dialami, mangsa berkata dia tidak lagi berkemampuan melakukan hubungan intim sepanjang hidupnya. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain