suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berminggu rantai diri dengan teman lelaki gara-gara eksperimen ‘kembar siam’, wanita alami masalah kulit serius

Pasangan ini melakukan eksperimen pelik namun berakhir dengan masalah kulit. Foto: Instagram

GARA-GARA merantai antara satu sama lain seolah-olah 'kembar siam', pasangan kekasih ini menerima akibatnya apabila salah seorang daripada mereka terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Viktoria Pustovitova, 28, dan Alexander Kudlay, 33, memulakan 'ekseperimen' pada Hari Kekasih dan bercadang mahu kekal dalam keadaan berantai selama tiga bulan.

Bagaimanapun Viktoria mengalami kesakitan yang teruk pada pergelangan tangannya yang dirantai bersama tangan teman lelakinya.

"Kami sapukan minyak ubat namun ia tak memberi sebarang kesan. Ia mimpi ngeri," kata Alexander.

Pasangan dari Kharkiv, Ukraine itu akhirnya mendapatkan rawatan di hospital.

Pakar kulit, Tatyana Egorova, turut memberi 'amaran' kepada pasangan berkenaan agar melupakan eksperiman pelik mereka. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain