suria

Putera Harry dedah perkataan pertama Archie, kongsi cerita kehidupan selepas berundur dari istana

Putera Harry bersama isteri, Meghan Markle dan putera sulung mereka, Archie. Foto: PA

PUTERA Harry mendedahkan perkataan pertama yang disebut oleh putera sulungnya, Archie Harrison Mountbatten-Windsor dan mengapa dia mengambil keputusan untuk 'berundur' daripada keluarga diraja.

Duke of Sussex itu membuat pendedahan berkenaan menerusi satu wawancara bersama James Corden, di Los Angeles.

"Anak lelaki saya baharu berusia setahun setengah, dan dia memiliki personaliti mengkagumkan. Dia sudah pandai guna tiga, empat patah perkataan bersama. Dia juga mula menyanyi.

"Perkataan pertama yang keluar daripada mulutnya adalah 'buaya'," cerita putera berkenaan.

Archie dilahirkan pada 6 Mei 2019 dan kini dia bakal menjadi seorang abang selepas pasangan Duke dan Duchess of Sussex berkenaan menantikan cahaya mata kedua.

Putera Harry turut terbuka apabila berbicara mengenai keputusannya yang 'berundur' daripada keluarga diraja.

"Saya rasa 'ia toksik' dan saya lakukan apa yang seorang suami dan bapa akan lakukan untuk keluarkan keluarga daripada situasi itu.

"Kami tak pernah pergi menjauh dan sehingga apa yang saya tahu berkenaan apa saja keputusan mengenai itu, saya tak pernah menjauh.

"Saya akan sentiasa menyumbang, tapi kehidupan saya adalah berkaitan khidmat kepada awam, jadi di mana sahaja saya berada, saya masih sama," kata adik kepada Putera William itu. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain