suria

Teori konspirasi jadi tular, timbul dakwaan salji di Texas dicipta oleh manusia

Dakwa teori berkenaan, sajli yang ada di Texas merupakan salji palsu yang senagaja dicipta oleh kerajaan.

KEJADIAN sajli di Texas, Amerika Syarikat baru-baru ini meragut beberapa nyawa.

Malah, kawasan itu yang terkenal dengan iklim panas ternyata tidak bersedia dengan perubahan yang berlaku secara drastik itu.

Tatkala penduduk di Texas berhadapan kejadian itu, timbul pula teori konspirasi yang menjadi perbualan di internet.

Dakwa teori berkenaan, sajli yang ada di Texas merupakan salji palsu yang sengaja dicipta oleh kerajaan.

Malah, beberapa video memaparkan individu cuba menyalakan bebola salji turut dikongsi di internet.

"Terima kasih Bill Gates kerana cuba memperdaya kami bahawa salji ini asli," ujar seorang wanita dalam video berkenaan.

"Kamu lihat ia tidak cair dan sedang terbakar. Tiada air yang menitis," ujar individu itu lagi. - India Times.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain