suria

Belajar mengenai saham di YouTube, remaja umur 19 tahun tiba-tiba jadi kaya

Adam Mlamali berhasrat membantu ibu serta keluarganya yang pernah susah suatu masa lalu.

SEORANG remaja meraih pendapatan lumayan selepas dia belajar mengenai pasaran saham menerusi platform YouTube.

Adam Mlamali, 19, yang juga seorang pelajar di London menggunakan masa terluang untuk menimba ilmu menerusi video percuma sehingga berjaya menggandakan wang miliknya.

Ujarnya lagi, dia pada mulanya bercita-cita untuk menjadi angkasawan, namun kini meminati bidang ekonomi.

"Pada awalnya, saya sangat suka bidang angkasa dan mahu menjadi angkasawan," ujarnya.

Jelas Adam, pelaburan saham yang dibuat dengan wang bernilai £200 (RM1,144) membawa pulangan sehingga £200,000 (RM114,4172) kepadanya.

Ujarnya lagi, dia mula membeli saham secara serius ketika pandemik Covid-19 mula melanda.

Jelasnya, masalah kewangan yang dihadapi ibunya suatu masa lalu turut memberi inspirasi kepadanya untuk menjadi kaya dan berupaya membantu keluarga. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain