suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahkluk tinggi, berbulu muncul dari celah semak... wanita kongsi ‘pengalaman paling menakutkan dalam hidup’ terserempak bigfoot

Deborah menggambarkan makhluk tersebut mempunyai ketinggian sekitar 7 kaki dan berbulu. Foto: Daily Star/Andy Stenning

SEORANG wanita mendakwa pernah terserempak dengan makhluk yang dipercayai seekor 'bigfoot' ketika dia masih remaja.

Deborah Hatswell berkata ketika itu dia dan seorang rakannya sedang berjalan di Buile Hill Park, Salford, apabila makhluk berbulu tersebut muncul dari celah semak.

Kejadian itu belaku pada 1982 namun menurut Deborah yang kini berusia 53 tahun, ia masih segar dalam ingatannya.

"Ia kelihatan seperti kombinasi lelaki dan beruk pada masa yang sama. Ia ada otot besar pada rahang, bergigi besar petak, tiada bulu di muka namun berbulu di leher dan dada.

"Makhluk itu besar, sekitar 7 kaki tinggi. Tanpa berfikir panjang, saya terus berlari pulang meninggalkan rakan.

"Terserempak dengan 'bigfoot' di depan mata adalah perkara paling menakutkan dalam hidup saya," katanya.

Dia juga mendakwa selepas kejadian tersebut, terdapat beberapa individu lain pernah terserempak dengan makhluk yang sama, di lokasi yang sama, antaranya pada 1960an dan paling terbaharu sekitar empat tahun lalu. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!