suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seram! Kanak-kanak perempuan sedang tidur ditarik ‘sesuatu’ bawah katil

Rakaman menunjukkan kanak-kanak perempuan (dalam bulatan) seolah-olah ditarik ke bawah katil. Foto:

SEORANG bapa terkejut apabila melihat sendiri rakaman kamera pengawasan bayi (monitor) yang diletakkan di dalam bilik anak perempuannya.

Menerusi rakaman yang diambil pada lewat malam 21 Februari lalu, ia memaparkan anak kecilnya sedang tidur di bahagian hadapan katil.

Namun secara tiba-tiba, kanak-kanak berkenaan bergerak dan kelihatan merangkak menuruni katil.

Dia terus merangkak seolah-olah 'ditarik' sesuatu sehingga memasuki bawah katil sebelum kedengaran suaranya menjerit memanggil 'mummy' beberapa kali.

Bapa tersebut, Josh, memuat naik video berkenaan di akaun TikTok @joshdean0222 pada Isnin dan sehingga kini ia sudah mencatatkan melebihi sembilan juta tontonan.

"Anak perempuan saya ditarik memasuki bawah katil... isteri fikir dia merangkak tapi anak kami ditarik oleh 'sesuatu'," tulisnya pada kapsyen perkongsian berkenaan.

Dalam satu klip rakaman lain, kelihatan ibu kanak-kanak itu mengalihkan katil dalam usaha untuk mengeluarkannya.

Gadis itu dalam keadaan menangis dan menurut Josh, satu 'bebola' dilihat terbang di sebelah kanan pada akhir rakaman. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain