suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengantin lelaki menangis tiada tetamu hadir saksikan majlis perkahwinan gara-gara Covid-19

Pengantin lelaki mengesat air mata kerana sedih tiada tetamu yang hadir ketika majlis perkahwinannya. Foto: Douyin

PENGANTIN mana yang tidak sedih apabila tiada seorang tetamu pun hadir ketika majlis resepsi perkahwinannya.

Menerusi satu video yang tular, seorang pengantin lelaki di China kelihatan mengesat air mata sambil ditenangkan pasangannya.

Media melaporkan, dia juga meminta maaf kepada isterinya kerana tidak dapat memberikan majlis perkahwinan seperti diimpikan pengantin wanita.

Pasangan itu melangsungkan majlis tanpa dihadiri keluarga dan kenalan berikutan penularan pandemik Covid-19 sejak kebelakangan ini.

Dilaporkan, detik menyedihkan itu dirakam pada 9 Januari laludi Hebei, wilayah berhampiran Beijing.

Wilayah di utara China itu dilaporkan menjadi kluster baharu penularan Covid-19 dalam beberapa minggu lalu.

Sejak 8 Januari, tiga bandar di Hebei termasuk ibu kota Shijiazhuang mempunyai penduduk 11 juta dikenakan perintah berkurung.

Penduduk dilarang meninggalkan rumah kecuali untuk keperluan yang mendesak. - Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain