suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis obses ubah diri, tak rasa terhina digelar hodoh

Kata Aydin, dia tidak rasa terhina biarpun digelar hodoh oleh sesetengah individu.

SETIAP individu ada minat tersendiri dalam kehidupan mereka.

Namun, gadis ini mempunyai minat luar biasa sehingga dia sering dipandang aneh oleh orang sekeliling.

Aydin Mod, 19, dari Rome, Itali mula berjinak-jinak dengan minat itu sejak berusia 11 tahun lagi.

Pada usia 15, dia menjalani prosedur untuk membelah lidahnya.

Kini, dia turut membuat tatu dalam mata dan menindik subang di telinga serta beberapa anggota tubuh yang lain.

Kata Aydin, dia tidak rasa terhina biarpun digelar hodoh oleh sesetengah individu.

"Contohnya orang panggil saya hodoh. Tapi saya tak anggap ia sebagai satu penghinaan.

"Saya orang biasa. Menjalani kehidupan terbaik, orang tak suka boleh jauhkan diri.

"Syukur saya dikelilingi orang yang baik," ujarnya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain