Gurauan kedai makan Cina hidang tikus dalam mi pelanggan, rangkaian restoran mohon maaf - Dunia | mStar

Gurauan kedai makan Cina hidang tikus dalam mi pelanggan, rangkaian restoran mohon maaf

Sebuah rangkaian restoran Peru membuat gurauan mengenai sajian mi bersama tikus. Foto Getty Images/iStockphoto

SEBUAH rangkaian restoran mengeluarkan permohonan maaf selepas ia membuat gurauan mengenai restoran-restoran di Chinatown di London, United Kingdom menghidangkan mi bersama tikus kepada pelanggan.

Gurauan keterlaluan itu dibuat oleh restoran rangkaian Peru, Pachamama menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina sempena Tahun Tikus.

Menerusi satu risalah promosi mengenai sajian mi mereka di London, ia berkata: "Tidak seperti kebanyakan restoran di Chinatown, kami berhasrat meraikan Tahun Tikus, bukan untuk menangkapnya, membunuhnya dan mencampurkannya ke dalam semangkuk mi yang dikukus!"

Promosi yang dibuat restoran Pachamama sempena Tahun Baharu Cina. Foto Pachamama

Sebuah laman web makanan memberitahu, ia terkejut menerima promosi itu.

Ia berkata: "Seorang pembaca membawa ini untuk perhatian kita, yang betul-betul terkejut dengan mesej berkenaan."

Pachama kemudian berkata: "Kami mahu memohon maaf sekiranya kami menyinggung mana-mana pihak, ia bukanlah niat kami.

"Risalah promosi kami itu lebih kepada gurauan, tetapi bila diteliti semula, kami faham ia mungkin tidak dilihat seperti yang diharapkan." - Daily Star

tikus , Pachamama , London , Tahun Baharu Cina

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Signal dijangka pesaing utama WhatsApp