suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki tiba-tiba rebah, meninggal dunia selepas ‘bayang-bayang hitam’ muncul dalam CCTV

Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki mahu rebah ke belakang. Foto Twitter / Daily Star

SEORANG lelaki mati serta-merta selepas satu 'lembaga' bayang-bayang hitam muncul melintasi di hadapannya.

Kejadian aneh itu berjaya dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Rakaman tersebut diperoleh dalam satu kejadian di Meerut, India, menunjukkan satu tanda hitam bergerak melintasi hadapan kamera.

Sejurus selepas itu, seorang lelaki berjalan sebelum berhenti di mana kemunculan satu tanda hitam.

Dia kemudian secara tiba-tiba berpaling dan rebah ke belakang.

Seorang individu segera bergegas ke lokasi kejadian sebelum lelaki itu meninggal dunia.

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Mohammed Irshad, yang rebah ke lantai selepas satu bayang-bayang hitam melintas di hadapanya.

Abangnya, Noor Mohammed berkata, adiknya itu seorang yang sihat dan keluar dari rumah selepas makan tengah hari. - Daily Star

seram, lembaga, CCTV, bayang-bayang

Artikel Lain