suria

Imam terkejut dapat tahu 'isterinya' seorang lelaki selepas 2 minggu bernikah - “Dia beritahu tak boleh buat hubungan intim sebab datang bulan”

Mohammed Mutumba terkejut selepas mengetahui isteri yang dinikahinya dua minggu lalu sebenarnya seorang lelaki. Foto: India Today

SEORANG Imam di Uganda terkejut selepas mendapati 'isteri' yang baru dinikahinya sebenarnya seorang lelaki.

Mohammed Mutumba dan 'pengantin perempuan' itu menandatangani kontrak perkahwinan dalam upacara nikah tradisional dua minggu lalu.

Pasangan itu tidak melakukan hubungan intim kerana pengantin perempuan memaklumkan dia sedang menstruasi (datang bulan).

Identiti sebenar 'isteri' Mutumba terbongkar selepas dia ditangkap kerana mencuri set televisyen dan pakaian jirannya.

Jiran Mutumba kemudian membuat laporan polis mengenai kes kecurian itu.

Seorang pegawai polis perempuan melakukan pemeriksaan badan terhadap suspek, dan mendapati dia sebenarnya seorang lelaki.

Selepas siasatan lanjut, suspek mengaku bahawa dia telah menipu imam tersebut demi wang.

Dalam pada itu, Mutumba berkata dia bertemu suspek di Masjid Kyampisi.

“Saya mencari seorang wanita untuk berkahwin dan, ketika saya bertemu dengan seorang gadis cantik yang memakai tudung, saya bertanya mengenai cinta dan dia menerimanya.

“Dia memberitahu saya, kami tidak boleh melakukan hubungan intim sehingga saya memberikan wang pengantin perempuan kepada ibu bapanya dan juga menunaikan janji nikah dengannya.”

Suspek akan didakwa atas tuduhan penyamaran dan kecurian. - India Today

Imam, lelaki, menstruasi, isteri

Artikel Lain