Pedofilia salahkan virus komputer punca muat turun 2,000 gambar tak senonoh

Jasmine Rowbottom didapati bersalah menghasilkan 2,000 imej tidak senonoh. Foto SWNS

SEORANG pesalah pedofil mendakwa virus komputer yang mengakibatkan 2,000 imej tidak senonoh dimuat turun.

Kebanyakan gambar milik Jasmine Rowbottom adalah pornografi kanak-kanak atau keterlaluan.

Menerusi pendengaran mahkamah, gadis berusia 24 tahun itu ditahan selepas polis mengadakan serbuan di kediamannya di Dudley, West Midlands di England.

Anggota pasukan mengeksploitasi kanak-kanak dalam talian memeriksa lebih 50 peralatan komputer, dengan Rowbottom menyalahkan gambar-gambar tersebut mempunyai virus.

Dia turut memberitahu bahawa satu peranti USB diberikan kepada dia dan mungkin ada kerosakan.

Rowbottom bagaimanapun didapati bersalah kerana menghasilkan gambar dan rakaman video tidak senonoh membabitkan kanak-kanak serta bahan pornografi melampau.

Menurut Mahkamah Wolverhampton Crown pada Isnin, dia dijatuhi hukuman penjara 21 bulan. - Mirror UK


pedofilia, pornografi

Artikel Lain