suria

Dua gangster ditahan polis sewaktu manjakan diri di spa

Rakaman CCTV sewaktu penahanan mereka di sebuah spa. FOTO: CHESHIRE POLICE.

DUA penjenayah ditahan pihak berkuasa sewaktu sedang berada di kolam air panas di sebuah spa.

Rakaman CCTV sewaktu penahanan duo penjenayah itu turut disiarkan oleh pihak polis Cheshire, England.

Dalam rakaman berkenaan, Kane Birch, 23, dan Macauley Peacock, 24, memakai pakaian renang untuk turun ke kolam air panas sebelum ditahan polis.

Menurut polis, dua individu itu sememangnya tahu mereka berada dalam buruan.

Selain kereta Audi curi dan telefon bimbit, polis turut menemui senjata dengan peluru dalam bilik hotel mereka.

Birch dikehendaki kerana aktiviti perisikian dan dipenjara empat tahun atas kesalahan konspirasi membekalkan dadah pada September lalu.

Tambah polis lagi, dia menjadi dalang utama pembekalan bahan terlarang itu dari Manchester ke Macclesfield.

Menerusi perbicaraan terbaharu di mahkamah pada Isnin lalu, Peacock pula dijatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun. - Daily Star.

Artikel Lain