suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Letak alat ujian kehamilan atas kek, bakal ibu teruk dikecam warga Facebook

Foto yang dimuat naik mengundang kecaman ramai di Facebook.

SIAPA yang tidak gembira seandainya disahkan hamil dan bakal bergelar ibu tidak lama lagi?

Namun, cara wanita ini mengumumkan kehamilannya ternyata mengundang kecaman ramai.

Menerusi laman Facebook, bakal ibu itu memuat foto sebuah kek.

Apa yang tak sedap dipandang, dia meletakkan alat ujian kehamilan di atas hidangan itu.

Rata-rata pengguna Facebook mengakui terkejut apabila melihat alat berkenaan berada di atas kek.

Foto itu kemudiannya ditularkan pula ke grup Facebook Well, That’s Certainly A Cake Wreck.

Ia sehingga kini menerima lebih 1,00 tanda suka dan turut dihujani ratusan komen.

"Sangat menjijikkan," komen seorang pelayar Facebook.

Selain itu, ramai yang turut meragui dan berpendapat ia merupakan dekorasi kek yang boleh dimakan dan bukanlah alat ujian kehamilan sebenar. - Daily Star.

Artikel Lain