suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video wanita buang air besar belakang kereta ketika joging tular

Perbuatan keji wanita itu turut dikecam netizen.

SEORANG wanita dirakam membuang air besar di belakang sebuah kereta ketika sedang berjoging.

Dalam rakaman dikongsi selebriti Roxy Jacenko, 39, wanita itu dilihat berhenti di belakang sebuah kereta sebelum menarik seluarnya dan duduk mencangkung.

Difahamkan wanita itu melakukan perbuatan itu di kawasan perumahan sekitar Paddington, Australia sebanyak dua kali.

Satu video menunjukkan perbuatan itu dilakukan ketika dia sedang berjoging pada 10 Oktober lalu sebelum diulanginya kira-kira pukul 6 pagi, 14 Oktober.

"Satu perbuatan yang memalukan apabila membuang air besar di kawasan perumahan.

"Ini bukan kali pertama perbuatan untuk wanita ini. Ada sesiapa kenal dia?" soal Roxy di Instagramnya.

Roxy berkata dia berkongsi video itu di Instagramnya kerana mahu meminta orang ramai mengesan pelaku tersebut.

Perbuatan membuang air besar di tempat awam boleh dihukum penjara tiga bulan dan denda 320 pound sterling di New South Wales. - Metro.co.uk

joging, air besar

Artikel Lain