suria

Maut suntik silikon kerana mahu buah zakar sebesar bola keranjang

Tank membuat suntikan silikon pada buah zakarnya. Foto supplied/Channel 10/ Daily Star

SEORANG pemuda maut selepas menyuntik silikon dalam buah zakarnya untuk menjadikannya sebesar bola keranjang.

Tank Hafertepen didakwa membuat suntikan secara paksaan pada buah zakarnya, dalam satu kejadian di Seattle, Amerika Syarikat.

Ibu mangsa, Linda Chapman kini memfailkan tindakan undang-undang terhadap lima individu selepas kematian anaknya.

Linda dan seorang lagi anak lelakinya memfailkan tindakan undang-undang itu di King County, Washington.

Beberapa individu dilaporkan mempengaruhi anaknya untuk memberi suntikan kepada diri sendiri bagi tujuan pembesaran buah zakar.

Selain suntikan silikon, Tank turut dipengaruhi temannya untuk mengangkat berat dan mengambil steroid.

Malahan, mereka turut perlu mengambil banyak hidangan yang merupakan sebahagian daripada amalan untuk pembesaran itu. 

Bercakap kepada Buzzfeed, salah seorang teman mangsa, Dylan bagaimanapun menafikan Tank dipaksa untuk mengambil suntikan tersebut. - Daily Star



silikon, buah zakar

Artikel Lain