suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Goncang bayi usia 3 minggu hingga meninggal dunia, bapa dipenjara 8 tahun

Thomas Haining melakukan perbuatan itu pada 8 Jun 2017.

SEORANG bapa menerima hukuman penjara selama lapan tahun di Mahkamah Tinggi Edinburgh, Scotland.

Dia disabitkan atas kesalahan menggoncang anak perempuannya yang berusia tiga tahun sehingga meninggal dunia.

Thomas Haining dikatakan membuat carian 'apa akan berlaku jika bayi baru lahir digoncang' sebelum bertindak melakukan perbuatan itu.

Akibatnya, bayi yang diberi nama Mikayla itu mengalami retak tengkorak dan tulang rusuk.

Bayi malang itu turut mengalami pendarahan otak dan kecederaan dalaman.

Kejadian itu berlaku di rumah keluarga mereka di Mackay Road, Inverness pada 8 Jun 2017. - Daily Star.

Artikel Lain