suria

Kanak-kanak dikurung di bilik gelap, hanya diberi semangkuk air

Seorang kanak-kanak ditemui dikurung di dalam sebuah bilik gelap. Gambar hiasan.

SEORANG kanak-kanak perempuan ditemui terkurung dalam bilik gelap kecil di sebuah rumah dan hanya diberi semangkuk air, jelas saksi mengenai insiden berkenaan.

Kanak-kanak tersebut dibawa ke hospital untuk pemeriksaan sebelum dibawa ke rumah kebajikan.

Pihak polis Manchester mengesahkan kejadian tersebut.

"Pihak polis dihubungi selepas pukul 10.40 pagi Khamis lalu berikutan laporan mengenai kanak-kanak yang tinggal di sebuah rumah di Bolton Road.

"Pegawai tiba dan turut menahan seorang lelaki berusia 32 tahun dan wanita (30 tahun) dengan dakwaan pengabaian kanak-kanak.

"Namun mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan diteruskan.

"Kanak-kanak tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini berada di bawah penjagaan kebajikan." - metro.uk.co

Kanak-Kanak, kurung

Artikel Lain