suria

Pelajar sorok keputusan pengajian daripada ibu bapa, bunuh diri sebelum konvokesyen

Turner dilaporkan bunuh diri pada hari graduasinya.

NICOLAS Turner pulang ke rumah keluarganya di Tunbridge Wells, Kent  selepas menamatkan pengajiannya.

Turner,23, memberitahu keluarga bahawa dia mendapat keputusan 2:1 dalam kursus kejuruteraan mekanikal yang diikuti di University Southampton.

Namun hakikat sebenar, Turner gagal dalam pengajiannya.

Majlis konvokesyen Turner berlangsung pada 23 Julai dan ibu bapanya teruja untuk hadir meraikan bersama.

Malangnya, jiran mereka melihat mayat Turner tergantung di rumah keluarganya selepas pukul 7 pagi pada hari graduasinya.

Keputusan inkues mendapati Turner tidak kelihatan dalam tekanan malam sebelum dia meninggal dunia, malah turut makan malam bersama keluarga.

Bapanya, Geoff memberitahu, dia mengetahui anaknya gagal selepas kematian Turner.

“Dia mengikuti jurusan yang agak mencabar tetapi selalu melakukan yang terbaik atau menunjukkan semuanya lancar.”

Detektif Sarjan Brian Smith memberitahu, mayat Nicolas dilihat tergantung di bahagian atas rumahnya dan dapat dilihat dari arah pejalan kaki kawasan itu. -metro.co.uk

Gagal, Pengajian, Bunuh Diri

Artikel Lain